28 Jun 2014

lain yg dirancang lain jadinya

Plan awal nak cari baju raya,,, anak sulong telepon nak kfc pulak dah abah pulak sayang anak2 terus tukar plan .. jom kita ke besut jengok anak sulong

25 Jun 2014

Happy besday

Syukur alhamdulillah pejam celik dah 43 usiaku terima kasih pada pencipta alam semesta ini kerana masih memberi ruang untuk aku terus bernafas dan meniti ruang kehidupan yang penuh dengan tipu daya.. Ya Allah tuhan yang maha agong dan maha pengasih engkau berikanlah aku kebahagian hidup di dunia dan akhirat bersama keluarga dan teman2 juga semua muslimin dan muslimat.